ARAU: Fenomena cuaca sejuk kembali di seluruh Perlis dengan penurunan suhu direkodkan sehingga 23.1 Celsius pada waktu pagi dan suasana dingin tersebut dapat dirasai sepanjang hari dengan tiupan angin timur menyegarkan penduduk di negeri ini. Malah, pada 12 Disember lalu, suhu minimum di negeri ini direkodkan serendah 22 darjah Celsius pada waktu pagi dengan purata sepanjang minggu ini mencatatkan antara 23.9 dan maksimum 29.7 Celsius. Sebagai rekod, Perlis pernah mencatatkan cuaca paling sejuk sehingga 16.1 darjah Celsius iaitu pada 4 Februari 2004. Seorang penduduk dari Kampung Lama, Guar Sanji di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya