Perlis Bebas Niaga tahun depan - Utusan Malaysia

Perlis Bebas Niaga tahun depan

AZLAN Man memegang buku Bajet 2021 Negeri Perlis yang dibentangkannya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Menyedari kesusahan rakyat yang terkesan selepas hilang punca pendapatan berikutan pandemik Covid-19, kerajaan negeri bakal memperkenalkan konsep Perlis Bebas Niaga berkuat kuasa 1 Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, perkara itu selaras dengan Seksyen 8 Undang-Undang Kecil Penjaja MPK 1992 namun perlu mematuhi tiga syarat utama iaitu kebersihan, keselamatan dan kacau ganggu.

“Setiap penjaja dibenar menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi-lokasi yang selamat, tidak mendatangkan bahaya dan kacau ganggu kepada masyarakat dengan menitikberatkan aspek kebersihan.

“Pemberian lesen sementara selama enam bulan dengan syarat-syarat kepada penjaja di Perlis,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Perlis 2021 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini, semalam.

Tema Belanjawan Perlis 2021 adalah ‘Meningkatkan Keberkesanan, Merangsang Pembangunan, Membela Kebajikan Demi Keharmonian’.

Sementara itu, Azlan berkata, sebanyak RM3.12 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan membina ruang niaga mampu milik kepada para usahawan.

Antara lain katanya, sebanyak RM2.5 juta diperuntukkan bagi mewujudkan pengurusan sumber air yang mampan sekali gus membantu meningkatkan produktiviti tanaman padi di negeri ini.

Bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di negeri ini, beliau memberitahu, sebanyak RM1.85 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek mitigasi di kawasan-kawasan berisiko banjir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya