Penarik kereta ditemui mati ditetak  - Utusan Malaysia

Penarik kereta ditemui mati ditetak 

Kereta Toyota Velfire yang ditarik mangsa yang ditemui mati dalam longkang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penarik kereta ditemukan maut dengan beberapa kesan tetakan dalam longkang di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sedenak, Kulai selepas kerja-kerja menarik kereta.

Sebelum kejadian Ahad lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, mangsa berusia 34 tahun dan rakannya menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire yang ditarik di sini.

“Selepas itu, dua lelaki berkenaan dalam perjalanan memandu kereta yang ditarik pulang ke Kuala Lumpur,” kata beliau di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam perjalanan Velfire dinaiki kedua-dua mangsa terbabas selepas didakwa dihimpit dua buah kenderaan lain.

“Pelanggaran tersebut dipercayai berpunca rasa tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menarik kereta Velfire berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md. Yusof berkata, mangsa kemudian ditetak beberapa kali sebelum ditinggal dan disahkan meninggal dunia manakala rakannya sempat melarikan diri.

Jelasnya, susulan kejadian itu polis berjaya memberkas dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya