Pekerja Top Glove maut akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Pekerja Top Glove maut akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar sarung tangan getah Malaysia, Top Glove mengesahkan salah seorang pekerjanya, Yamnarayan Chaudhary Tharu meninggal dunia akibat Covid-19.

Syarikat itu mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan bahawa Tharu meninggal dunia pada 12 Disember lalu.

Yamnarayan Chaudhary Tharu, 29 yang berasal dari Nepal  meninggal dunia akibat radang paru-paru Covid-19 dengan fibrosis paru-paru.

Tharu bekerja di kilang pembuatan Top Glove di Meru, Klang selama lebih dari dua tahun.

Terdahulu, Top Glove menjadi tumpuan ramai apabila syarikat itu terlibat dengan salah satu kluster terbesar jangkitan Covid-19 dalam negara.

Syarikat sarung tangan getah itu memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran untuk

Sementara itu, kumpulan hak pekerja warga asing, Tenaganita dilapor melahirkan rasa kesal terhadap syarikat tersebut berikutan kematian pekerjanya itu.

Pengarah eksekutif Badan Bukan Kerajaan (NGO) itu, Glorene Das menggesa kerajaan mengambil tindakan yang lebih keras terhadap Top Glove atas kehilangan nyawa Tharu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya