Pegawai Imigresen cop pasport dipenjara 30 hari, denda RM12,000  - Utusan Malaysia

Pegawai Imigresen cop pasport dipenjara 30 hari, denda RM12,000 

AKASHAH Roslan hadir ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas tiga pertuduhan menerima rasuah. - UTUSAN/AMIR IRSYAD OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pegawai Jabatan Imigresen dihukum penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen  di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,060, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Norhayati Mohamad Yunus selepas tertuduh, Akashah Roslan, 38, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan.

Dia boleh dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Akashah sebagai pegawai Jabatan Imigresen Gred KP 19 di Jabatan Imigresen, Bangunan Sultan Iskandar, Johor memperoleh wang berjumlah RM3,060 daripada Mohd. Azril Azizan melalui akaun CIMB miliknya yang mana dia mengetahui Mohd. Azril berkaitan dengan kerja pejabatnya.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan pada 22 hingga 14 September 2018 di CIMB Jalan Mahsuri, Bandar Bayan Baru dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-dua sekali.

Kes itu dikendalikan  Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), S. Silvaranjini dan Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam, Benjamin Tan Yi Bin.

Pada 16 November lalu, SPRM menerusi  Op Selat dengan kerjasama Jabatan Imigresen melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.

Difahamkan, seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen didakwa hari ini dan Rabu ini di enam negeri berhubung kes itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya