PDB perkenal Primax 97 Pro-Race - Utusan Malaysia

PDB perkenal Primax 97 Pro-Race

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Berhad (PDB) melancarkan bahan api terbaharunya iaitu Petronas Primax 97 dengan Pro-Race yang dicipta untuk memenuhi permintaan enjin berteknologi tinggi masa kini dan memberi pemanduan lebih berkuasa, responsif serta efisien.

Produk terbaharu PDB itu mempunyai ciri-ciri unik yang dirumus dengan pengubahsuaian teknologi Advanced Dual Friction pertama di dunia iaitu 25 peratus lebih efisien dalam mengurangkan geseran berbanding produk sebelumnya.

Pada masa sama, produk tersebut juga mampu mengurangkan pelepasan karbon melalui peningkatan interaksi antara bahan api dan minyak pelincir di samping menambah kecekapan bahan api bagi pemanduan lebih jauh.

Petrol baharu itu juga mampu menghapuskan sehingga 99.9 peratus deposit di bahagian utama enjin sekali gus menyerlahkan potensi kereta untuk mencapai kuasa maksimum dengna mudah.

Azrul Osman Rani

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani berkata, Petronas Primax 97 dengan Pro-Race baharu itu disifatkan sebagai petrol terbaiknya kerana formulasi baharu itu telah dibangunkan untuk memenuhi teknologi enjin maju dan keperluan pemanduan berkuasa tinggi pelanggan.

“Dengan mengadaptasi penggunaan teknologi bendalir daripada trek ke jalan raya, kami teruja kerana akhirnya dapat memberikan pelanggan pengalaman pemanduan bersahaja melalui faedah tiga dalam satu iaitu kuasa, gerak balas dan kecekapan.

“Hasil ujian dan maklum balas daripada pengguna amatlah menggalakkan. Sebagai rakan tenaga dan penyelesaian progresif, kami sentiasa mencari peluang menambah baik dan meningkatkan produk yang kami tawarkan bagi mengekalkan kedudukan sebagai jenama pilihan pelanggan.

“Kami yakin Petronas Primax 97 dengan Pro-Race akan melangkaui jangkaan pelanggan dan memberikan mereka kepuasan pemanduan,” katanya.

Pelancaran Primax 97 Pro-Race itu dilakukan Petronas secara maya menerusi laman media sosial.

Tambahnya, prestasi produk tersebut telah dibuktikan melalui siri ujian yang dijalankan dalam keadaan pemanduan dan jalan raya sebenar.

Katanya, hasil ujian ini menunjukkan dua daripada tiga peserta merekodkan prestasi lebih baik dengan Petronas Primax 97 dengan Pro-Race berbanding petrol premium lain yang sedang digunakan ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya