Pastor pekak bisu dituduh cabul lelaki  - Utusan Malaysia

Pastor pekak bisu dituduh cabul lelaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang pastor  orang kelaianan upaya (OKU) bisu dan pekak warga Korea Selatan berdepan satu lagi pertuduhan mencabul seorang lelaki di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Jee Jon Hoon, 55, dituduh mencabul  seorang lelaki berumur 30 tahun dalam kejadian kira-kira 20 tahun lalu.

Dia dituduh melakukan perbuatan di sebuah rumah beralamat Lorong Delima 3, Gelugor 11700 daerah Timur Laut pada tahun 2000.

Pertuduhan dikemukakan menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana  dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh pada prosiding hari ini.

Dalam pada itu, peguam, G. Shanmugam memohon jaminan  RM5,000 kerana tertuduh tidak pernah terlibat dengan apa-apa kesalahan jenayah sepanjang 25 tahun berada di negara ini.

Majistret Rosnee Mohd. Ridzuan kemudian membenarkan jaminan  RM6,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.

Syarat tambahan, tertuduh perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap 29 haribulan selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 9 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan jurubahasa Korea dan jurubahasa isyarat antarabangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri.

Pada 18 Disember lalu, tertuduh turut dihadapkan di Mahkamah Majistret Butterworth dekat sini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017.

Difahamkan kedua-dua mangsa dalam kes itu juga merupakan  OKU pekak dan bisu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya