Pas tidak sertai pembentukan kerajaan baharu Perak - Utusan Malaysia

Pas tidak sertai pembentukan kerajaan baharu Perak

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas hari ini menyatakan pendirian tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas terus berperanan seperti biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.

“Pas mengambil maklum keputusan usul keyakinan majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini yang mana tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menyokongnya (Ahmad Faizal).

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, Pas Pusat membuat ketetapan tidak menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri Perak yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Undi percaya terhadap Faizal sebagai menteri besar pagi tadi gagal selepas hanya sepuluh menyokongnya.

Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun disokong wakil rakyat partinya sendiri, Pas dan bebas.

ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) pula ‘bergabung’ bersama 25 ADUN UMNO menolaknya.

UMNO dan DAP mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak, masing-masing 25 dan 16 kerusi.

Amanah mempunyai lima kerusi, diikuti Bersatu (enam kerusi), PKR dan Pas masing-masing tiga kerusi dan Bebas satu kerusi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN