Op Basikal Lajak: Dua kanak-kanak disaman - Utusan Malaysia

Op Basikal Lajak: Dua kanak-kanak disaman

TIGA individu termasuk dua kanak-kanak ditahan polis dalam Ops Basikal Lajak di Taman Scientex, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG : Gara-gara menunggang motosikal dan melakukan aksi basikal lajak, tiga individu termasuk dua kanak-kanak disaman polis dalam Op Basikal Lajak di Taman Scientex di sini, petang semalam. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam operasi kira-kira 5.30 petang itu, mereka yang disaman berusia 12 tahun hingga 14 tahun.

Katanya, dua kanak-kanak berusia 12 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dan basikal lajak manakala seorang lagi remaja terbabit pula adalah pembonceng motosikal tersebut. 

“Penunggang motosikal melakukan kesalahan kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh serta tidak memakai topi keledar manakala penumpang motosikal melakukan kesalahan tidak memakai topi keledar.

“Bagi penunggang basikal pula melakukan kesalahan dengan menaiki basikal yang  diubah suai serta tidak mempunyai tiada brek dan loceng,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam itu dilakukan secara berkala bagi mengekang kegiatan lumba basikal lajak di jalan raya dan membanteras aktiviti basikal lajak.

Katanya, kes membabitkan motosikal disiasat dibawah Seksyen 26 (1) dan Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambahnya, saman dikeluarkan bagi penunggang basikal di bawah peraturan 42(1)(a) LN 166/59 kaedah-kaedah lalulintas 1959 kerana mengubah suai basikal (tiada brek dan loceng). – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya