Nurul Izah kembara solo seluruh Semenanjung sampai bantuan kepada asnaf - Utusan Malaysia

Nurul Izah kembara solo seluruh Semenanjung sampai bantuan kepada asnaf

NURUL Izah Abd. Wahab memulakan kembara solonya ke seluruh Semenanjung yang bermula dari Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (TTMS) di Temerloh, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lady bikers dari kelab motosikal berkuasa tinggi, Daz Bikers melakukan kembara solo ke seluruh Semenanjung bermula hari ini. 

Lady bikers berkenaan, Nurul Izah Abd. Wahab, 38, berkata, kembara solo  tiga hari itu bermula dari Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (TTMS). 

Dia yang berasal dari Bera berkata, jelajah kembara itu dijangka berakhir di daerah ini. 

“Dalam jelajah kembara solo ini, saya akan singgah di beberapa tempat terpilih untuk menyampaikan sumbangan amal. 

“Sumbangan berupa wang tunai disampaikan kepada golongan asnaf,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Nurul Izah yang mengusahakan sebuah restoran di bandar ini berkata, dia mengambil kesempatan sempena cuti sambutan perayaan Krismas untuk melakukan program kembara berkenaan. 

Dia berterima kasih kepada Trizure International Sdn. Bhd. kerana menaja perbelanjaannya melakukan kembara tersebut.

“Sebagai pengembara wanita, cabaran paling besar buat saya sudah pasti berkaitan dengan aspek keselamatan.

“Oleh itu, perancangan memainkan peranan sangat penting untuk memastikan pengembaraan berjalan lancar,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya