Neelofa, PU Riz berantakan? - Utusan Malaysia

Neelofa, PU Riz berantakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa sohor di media sosial hari ini berikutan spekulasi hubungannya dengan pendakwah, Haris Ismail dikatakan berantakan.

Kontroversi hangat itu dikatakan berpunca daripada gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga Neelofa di Instagram yang didakwa seperti memberi ‘hint’ tentang keretakan hubungan mereka.

Rata-rata pengguna Twitter khususnya mula mencipta pelbagai spekulasi dan andaian sendiri berhubung gambar yang dimuat naik oleh ahli keluarga pengacara itu.

Setakat ini, Neelofa dan Haris masih belum memuat naik sebarang gambar atau video sebagai jawapan kepada spekulasi yang sohor kini di media sosial.

Namun difahamkan, Haris sudah menutup ruangan komen di Instagramnya.

Hubungan Neelofa dan Haris mula mendapat perhatian umum apabila mereka sering berkerjasama dalam kerja amal menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.

Tetapi sama ada Neelofa atau Haris, masing-masing menafikan spekulasi itu sehinggalah awal November lalu apabila mereka dikatakan sudah mengikat tali pertunangan.

Namun, spekulasi yang sedang hangat dibicarakan ketika ini belum dapat dipastikan puncanya.

Rata-rata peminat Neelofa juga meninggalkan komen  mendoakan agar pengacara popular itu sentiasa dalam rahmat dan kasih Illahi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya