Naluri ibu Loqman di kawasan berhampiran - Utusan Malaysia

Naluri ibu Loqman di kawasan berhampiran

ROHAYA Ismail (kiri) dan Hamka Abu Bakar (kanan) berharap anak bongsu mereka ditemukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Naluri seorang ibu kuat menyatakan jasad anak bongsunya, Loqman Hamka, 20, yang dikhuatiri lemas berada di kawasan berhampiran meskipun operasi pencarian yang memasuki hari kelapan belum menemukannya.

Rohaya Ismail, 56, berharap operasi pencarian diteruskan di kawasan berhampiran oleh pihak yang melakukan operasi mencari dan menyelamat khususnya pasukan penyelam.

“Saya dan bapa Loqman tidak henti-henti berdoa ke hadrat Allah SWT dan melakukan solat hajat setiap hari semoga jasadnya ditemukan.

“Naluri saya kuat menyatakan dia berada di sana dan tidak jauh dari tempat dia jatuh,” katanya ketika ditemui di pusat operasi mencari di Kampung Tebing Tinggi, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Loqman yang keluar menaiki bot bagi melihat rawai yang dipasang di Sungai Pahang berhampiran dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, bot mangsa ditemukan hanyut penduduk setempat di sekitar Kuala Kunjan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al- Sultan Abdullah mencemar duli meninjau dan menyertai operasi pencarian Loqman di Kampung Tebing Tinggi di sini.

Dalam pada itu, Hamka berkata, meskipun reda dengan takdir Ilahi, dia begitu berharap jasad anaknya dapat ditemukan.

Bekas anggota polis itu berharap doa berterusan daripada keluarga dan orang ramai dikabulkan agar jasad anaknya ditemukan.

“Saya meminta anak saya dapat timbul dan ditemukan kerana saya harap kebumikan anak saya di tanah perkuburan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya