MT UMNO pertahan kerajaan PN Perak - Utusan Malaysia

MT UMNO pertahan kerajaan PN Perak

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad antara yang hadir ke mesyuarat Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini memutuskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) merangkumi UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu terus dipertahankan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, mesyuarat malam ini juga telah membincangkan tentang krisis politik yang berlaku di Perak ekoran peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun, persoalan mengenai siapa Menteri Besar Perak masih belum terjawab apabila kesemua pemimpin politik UMNO mengunci mulut.

Tarikh mesyuarat perwakilan dan perhimpunan agung sayap serta parti itu turut dibincangkan.

Berikut adalah kenyataan penuh berhubung mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini:

Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO pada 7 Disember 2020 telah memutuskan bahawa tarikh untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri adalah pada 1, 2 dan 3 Januari 2021 (Jumaat, Sabtu dan Ahmad).

Ia akan diadakan secara serentak di 191 Bahagian dan akan dirasmikan oleh ketua UMNO Bahagian masing-masing. Untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bolehlah diadakan secara maya. Kehadiran adalah secukup kuorum iaitu satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 30 Januari 2021 (Sabtu) dan Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari 2021 (Ahad). Ia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya.

Mesyuarat juga telah membincangkan tentang senario politik negeri Perak. Mesyuarat memutuskan agar kerajaan PN Negeri Perak yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Pas dan Bersatu perlu terus dipertahankan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN