Misteri ketuk pintu kini di Pahang, bau busuk umpama bangkai - Utusan Malaysia

Misteri ketuk pintu kini di Pahang, bau busuk umpama bangkai

PINTU rumah penduduk yang diketuk selain berbau busuk di Kampung Perias, Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Bukan sahaja pintu rumah diketuk dengan kuat oleh ‘pengetuk misteri’, malah terdapat bau busuk seperti bangkai.

Itu situasi dihadapi sebuah keluarga di Kampung Perias, di sini sekali gus menyaksikan kejadian ketukan misteri di beberapa negeri kini memasuki Pahang.

Mangsa, Habibah Sulong, 57, mendakwa, kejadian ketukan selama lima minit kira-kira pukul 9.30 malam itu berlaku ketika dia dan suami serta tiga anaknya berada di dalam rumah.

“Selepas mendengar ketukan, mula-mula suami ingat ada budak-budak kampung yang main ketuk-ketuk di rumah.

“Tetapi selepas mengintai dan tiada orang serta berbau yang amat busuk seperti bangkai kami menjadi terkejut dan berasa takut,” katanya di sini hari ini.

Habibah memberitahu, selepas ketukan misteri itu berakhir, suami dan anak-anaknya membuka pintu dan tidak melihat apa-apa kelibat serta kesan kehadiran orang.

Bagaimanapun, katanya, bau yang amat busuk masih ada menyebabkan mereka berasa takut.

Seorang lagi penduduk, Siti Fatimah Ghazali, 37, berkata, dia mengalami demam akibat kejadian ketukan misteri yang menakutkan itu.

Katanya, ketukan kira-kira tiga minit itu berlaku pada pukul 9 malam ketika dia sedang tidur di dalam bilik.

“Selama ini saya hanya mendengar tentang kejadian melalui laman sosial Facebook dan media. Tidak sangka saya sendiri mengalaminya.

“Semasa kejadian saya memang takut dan terus berselimut. Ia menyebabkan saya berasa takut setiap kali malam apatah lagi tinggal seorang diri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya