Mayat Wan Nashaifudin ditemukan di Pantai Rhu Kubur - Utusan Malaysia

Mayat Wan Nashaifudin ditemukan di Pantai Rhu Kubur

MOHD. ZAIN MAT DRIS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Mayat penghuni Pusat Jagaan Baitul Cakna Lelaki Cawangan Hulu Terengganu yang dilaporkan lemas di Pantai Jambu Bongkok, di sini tiga hari lalu ditemukan lewat petang ini.

Mayat Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat yang menaiki jet ski pada pukul 6.30 petang, kira-kira satu kilometer dari Pantai Rhu Kubur. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, usaha membawa mayat mangsa ke pantai selesai kira-kira pukul 8 malam. 

“Mayat yang dijumpai ialah Wan Nashaifudin berdasarkan pengecaman  dibuat adik mangsa. 

“Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa dikatakan mandi di pantai itu bersama enam lagi rakannya yang menghuni di pusat jagaan sama di cawangan Jambu Bongkok.

Terdahulu, usaha mengesan Wan Nashaifudin yang memasuki hari ketiga diteruskan dengan menggunakan helikopter.

Operasi pencarian udara yang berlangsung selama sejam dari pukul 12.50 tengah hari itu membabitkan jarak sejauh 24 kilometer dari Jambu Bongkok ke Kuala Dungun di Dungun. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya