Mayat pemancing lemas ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat pemancing lemas ditemukan

ANGGOTA bomba membawa mayat pemancing yang ditemukan mati lemas di Kampung Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor Bahru. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Mayat lelaki yang dipercayai terjun ke laut bagi menarik botnya yang hanyut ketika memancing semalam ditemukan di Kampung Tanjung Langsat, di sini hari ini.

Mayat Fazudin Azuardi Ismadi, 33, ditemukan orang awam pada pukul 1.15 petang iaitu kira-kira dua kilometer dari rumah rakit yang menjadi lokasi dia bersama rakannya  memancing petang semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan kira-kira pukul 2 petang

Kira-kira 46 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Semalam, mangsa bersama seorang rakannya pergi memancing dengan menaiki sampan ke sebuah rumah rakit di perairan Selat Johor berhampiran Kampung Tanjung Langsat pada pukul 12 tengah hari. 

Menyedari tali penambat sampan yang diikat pada tiang rumah rakit itu terlepas, mangsa terjun dan berenang ke laut untuk mendapatkan semula sampan berkenaan sebelum tenggelam dan tidak timbul lagi. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan penemuan tersebut dan memberitahu mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk bedah siasat. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya