Mayat mekanik ditemukan di atas batu - Utusan Malaysia

Mayat mekanik ditemukan di atas batu

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Benus di Bentong, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Mayat seorang mekanik yang dihanyutkan arus deras ketika melintas Sungai Benus, dekat sini semalam ditemukan di atas batu hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, mayat Tan Kok Meng, 59, ditemukan 200 meter dari lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat yang melakukan rondaan di kawasan itu menemukan mayat seorang lelaki di atas batu berdekatan dengan tebing sungai. 

“Berdasarkan keadaan mayat, tiada sebarang kecederaan dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Bentong untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Semalam, mangsa yang juga seorang mekanik hilang dibawa arus deras ketika cuba menyeberang sungai berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu, mangsa ke tempat kejadian untuk membantu kenalannya mengikat tali ke pokok seberang sungai bagi mengerakkan jentera sedut pasir ke tengah sungai.

Zaiham berkata, susulan penemuan mayat mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan. 

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi terlibat termasuk penduduk berdekatan di atas bantuan dan kerjasama dalam usaha mencari mangsa lemas,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya