Mayat bakal pengantin ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat bakal pengantin ditemukan

ALLAHYARHAM NAIM HARIRI KAMARUDDIN  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG:  Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut tiga hari lepas ditemukan di Pantai Alur Tuman, di sini hari ini. 

Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 8.55 pagi iaitu kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, penemuan mayat itu disahkan bapa mangsa menerusi proses pengecaman berpandukan beberapa identiti pada mayat. 

“Mayat dalam keadaan sempurna dan tiada apa-apa kecederaan, semuanya cukup sifat

“Saya bersama empat pasukan penyelamat menemukan mayat mangsa terdampar di atas pasir pantai kira-kira tiga kilometer dari lokasi lemas,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian. 

KERETA polis membawa mayat Naim Hariri Kamaruddin yang ditemukan di Pantai Alur Tuman di Marang, Terengganu, hari ini. – PUTRA HAIRRY ROSLI

Naim Hariri dijadualkan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Fatin Nabila Huda Ismail, 27, di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin di Bukit Payung di sini, pada pukul 10 pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa dikatakan mandi seorang diri di pantai sebuah resort di Kelulut manakala adiknya, Siti Nur Atiqah berada di tepi pantai. 

Kejadian itu disedari adiknya selepas melihat mangsa terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong sebelum dihanyutkan arus ombak.

Mohd. Zain berkata, mayat Naim Hariri dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pukul 11 pagi. 

Katanya, operasi diteruskan bagi menyelamatkan seorang lagi mangsa yang lemas di Pantai Jambu Bongkok di daerah sama.  – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya