Maqis rampas ikan melebihi jumlah ikrar dalam permit - Utusan Malaysia

Maqis rampas ikan melebihi jumlah ikrar dalam permit

SEBANYAK 15 tong ikan basah dirampas Maqis Perlis kerana melebihi jumlah yang di ikrar dalam permit di ICQS Padang Besar, Isnin lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perlis merampas pelbagai jenis ikan seberat 525 kilogram bernilai kira-kira RM1,050 yang cuba dipasarkan di negara ini melebihi jumlah ikrar dalam permit di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Isnin lalu. 

Pengarah Maqis negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, rampasan itu dilakukan selepas menahan sebuah lori yang membawa pelbagai jenis ikan basah di lokasi tersebut kira-kira pukul 3.30 petang.

“Sebanyak 15 tong ikan basah seberat 525 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1,050  ditahan untuk tindakan lanjut. 

“Perbuatan mengimport keluaran pertanian dengan mengemukakan dokumen yang palsu, tidak tepat dan mengelirukan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum dibawah akta sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Katanya, Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya