KUALA TERENGGANU: Kesemua sembilan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di Marang mungkin boleh pulang ke rumah masing-masing esok.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, jangkaan itu dibuat sekiranya situasi banjir termenung yang menjejaskan kediaman penduduk berkenaan beransur pulih dan surut.
Bagaimanapun, katanya, ketika ini air banjir masih setinggi paras paha.
“Difahamkan, pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Marang akan melakukan sesuatu bagi membantu melancarkan aliran air yang bertakung itu pada minggu ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE