Majlis Presiden PN dibentuk - Utusan Malaysia

Majlis Presiden PN dibentuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) akan dibentuk yang dianggotai semua ketua parti kerajaan PN sebagai platform mengukuhkan kerjasama antara parti.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN semalam yang antara lain untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan secara bersama.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN itu turut dihadiri timbalan-timbalan Pengerusinya iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menurut beliau, mesyuarat itu turut memutuskan bahawa PN akan segera melaksanakan program-program flagship di seluruh negara untuk membantu kebajikan semua lapisan rakyat.

“Mesyuarat MT PN berlangsung dengan kehadiran penuh bagi membincangkan persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya