MAIPK jadikan Shopee medium baharu bayaran zakat - Utusan Malaysia

MAIPK jadikan Shopee medium baharu bayaran zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mempermudah lagi pembayaran zakat dengan mengumumkan Shopee sebagai medium bayaran dalam talian yang terbaharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrul Azam Shaari berkata, MAIPk sentiasa komited memperkasa khidmat  pelanggan bagi memudahkan  pembayaran zakat.  

“Pelantikan medium bayaran zakat melalui platform e-dagang Shopee seiring dengan perkembangan terkini, iaitu masyarakat semakin memilih  transaksi bayaran dan pembelian dalam talian yang lebih mudah dan cepat.

“Selain itu, dalam tempoh negara masih lagi terhad pergerakan ekoran pandemik Covid-19, transaksi dala, talian adalah pilihan yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataam di sini hari ini.

Katanya, orang ramai terutama umat  Islam di Perak boleh membayar zakat  menerusi aplikasi Shopee mulai 18 Disember ini melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam  talian dan pembayaran secara tunai di  kaunter 7 Eleven.

Beliau berkata, bagi melaksanakan kempen zakat di Shopee, MAIPk menawarkan 200  syiling  Shopee  kepada 1,000 pembayar zakat terawal  yang dipilih setiap hari.

“Tempoh kempen bermula 22 Disember hingga 31 Disember 2020. 

“Kerjasama bersama Shopee ini memberi kemudahan kepada ramai  pengguna Shopee yang beragama Islam untuk melaksanakan pembayaran zakat dengan mudah,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya