MAEPS ibarat kem tentera zon perang - Utusan Malaysia

MAEPS ibarat kem tentera zon perang

Anggota tentera dan polis memantau pergerakan keluar masuk di sekitar Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) yang bertempat di MAEPS, Serdang pada 24 Disember 2020. GAMBAR/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di dewan pameran Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kini ibarat sebuah kem tentera yang dilanda zon perang.

Ia susulan peningkatan drastik pekerja asing disahkan Covid-19 hasil saringan besar-besaran yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Lembah Klang ketika ini.

Perkara itu diakui Pengarah PKRC 2.0 MAEPS, Dr. Shahabuddin Ibrahim ketika ditemui Utusan Malaysia dalam tinjauan eksklusif di tapak itu di Serdang dekat sini semalam.

“Semalam, kami sudah pun menyiapkan Dewan E yang boleh menampung kapasiti maksimum 2,000 katil selain menaik taraf semua katil sedia ada kepada jenis dua tingkat,” katanya.

Pada ketika ini, PKRC 2.0 di situ beroperasi di Dewan A, B, C dan DG setelah dibuka secara berperingkat 9 Disember dan bakal menyusul fasa kedua melibatkan Dewan E.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Sungai Buloh berkata, apabila semua lima dewan itu dibuka, ia mampu memuatkan maksimum 8,000 pesakit.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengaktifkan kembali PKRC di MAEPS dengan sasaran penuh 10,000 katil, berbanding sebelum ini 604 katil ketika beroperasi 16 April hingga 15 Julai.

“Setiap hari, kami menerima ramai pesakit baharu dan ada datang dari beberapa negeri jiran, tetapi jumlah setakat ini belum mencapai 70 peratus daripada had kapasiti ideal,” tegasnya.

Bagi menampung pertambahan pesakit, ujar Shahabuddin, semua katil jenis setingkat diubah kepada dua tingkat untuk memastikan keselesaan semua penghidap wabak tersebut.

Menyentuh cabaran PKRC 2.0 di MAEPS, beliau meskipun tidak berkhidmat ketika peringkat pertama, namun bersyukur dibantu ramai petugas yang ada pengalaman semasa PKRC 1.0

“Di sini, lebih 1,300 staf berkhidmat dalam tiga giliran, tetapi bagi petugas dari jauh, mereka ditempatkan di empat buat hotel sekitar Putrajaya dan Bandar Baru Bangi,” kata Shahabuddin.

Kemudahan disediakan lebih baik biarpun arahan pembukaan semula dimaklumkan pada 7 Disember dengan mereka ada masa hanya tiga hari bagi buat persiapan.

Jelas beliau, antara fasiliti termasuk kafe untuk petugas, liputan WiFi 5G, bilik hostel, tempat rehat dengan ada televisyen dan sebagainya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya