Macau Scam: 12 individu direman di bawah POCA - Utusan Malaysia

Macau Scam: 12 individu direman di bawah POCA

SERAMAI 12 individu disyaki terbabit sindiket Macau scam direman di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 12 individu termasuk empat wanita warga tempatan yang disyaki terloibat dalam sindiket penipuan dalam talian Macau Scam ditahan reman 21 hari mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Hakim N. Priscilla Hemamalini mengeluarkan kebenaran perintah reman di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA 1959 sehingga 23 Disember ini di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini.

Terdahulu, suspek berusia lingkungan 20 tahun hingga 26 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 10.30 pagi dan prosiding reman kesemua mereka mengambil masa kira-kira setengah jam.

Kesemua 12 individu itu antara 22 warga tempatan yang ditangkap dalam satu operasi khas di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Oktober lalu.

Tangkapan tersebut susulan laporan polis daripada seorang mangsa pada 19 Oktober lalu yang mengalami kerugian RM67,000 selepas menerima panggilan daripada suspek.

Sindiket itu dipercayai beroperasi selama dua tahun dan bertanggungjawab ke atas 76 kes penipuan sindiket Macau Scam melibatkan jumlah kerugian RM11 juta.

Sindiket berkenaan dipercayai melakukan aktiviti penipuan tersebut di luar negara sebelum kembali ke negara ini dengan menyasarkan mangsa warga tempatan ekoran penularan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya