Lima jalan ditutup di Jerantut - Utusan Malaysia

Lima jalan ditutup di Jerantut

JALAN Batu Embun berhampiran Sungai Kerak ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air susulan hujan lebat di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Empat jalan di daerah ini ditutup kepada semua kenderaan manakala satu jalan ditutup kepada kenderaan ringan selepas dinaiki air.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jerantut, jalan yang ditutup kepada semua kenderaan melibatkan Jalan Ulu Retang-Merting, Jalan Sungai Yap-Pasir Tambang, Jalan Kampung Rebus-Padang Piol dan Jalan Batu Embun-Lipis berhampiran Sungai Kerak. 

Jelasnya, Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau ditutup kepada kenderaan ringan.

 “Penutupan jalan berkenaan bermula pukul 8 pagi ini susulan paras air yang meningkat akibat hujan lebat,” kata kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya