Lepas bebas 10 hari, didakwa cabul lagi - Utusan Malaysia

Lepas bebas 10 hari, didakwa cabul lagi

NIK Hazmi Ghani (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak lelaki pada Mac tahun lalu. - UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas 10 hari bebas daripada hukuman penjara, seorang lelaki didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan sama iaitu melakukan kelucahan melampau terhadap seorang kanak-kanak pada Mac tahun lalu.

Tertuduh, Nik Hazmi Ghani, 39, sebelum ini dipenjara selama dua tahun.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada pertengahan Mac tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di dalam bilik di pondok tahfiz dekat Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 2 hingga 3 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga hingga 15 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan untuk tertuduh dan mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN