Lelaki bersenjata parang paksa isteri, anak berkurung dalam bilik tidur - Utusan Malaysia

Lelaki bersenjata parang paksa isteri, anak berkurung dalam bilik tidur

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki mengundang ketakutan kepada isteri dan dua anaknya apabila bertindak mengurung mereka di dalam bilik sambil memasang radio dengan kuat.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam di rumah mereka di Jalan Pokok Sena, Kepala Batas di sini semalam yang mana lelaki berusia 46 tahun berkenaan yang dipercayai di bawah pengaruh dadah turut memegang sebilah parang.

Bagaimanapun, dia tidak mengugut atau mencederakan sesiapa ketika menyuruh isterinya yang berusia 45 tahun dan anaknya masing-masing berusia empat tahun dan 12 tahun itu masuk ke dalam bilik tidur di tingkat atas rumah dua tingkat yang diduduki mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki itu bertindak mengunci pintu bilik dari dalam, menutup lampu dan memasang radio.

“Dia tidak membenarkan sesiapa keluar dari bilik, namun isterinya memujuk suspek untuk keluar dengan alasan mahu ke tandas dan dia membenarkan sambil mengekori.

“Wanita itu dan anak perempuan sulungnya bagaimanapun melarikan diri sebelum meminta pertolongan daripada bapa saudaranya yang tinggal berjiran memandangkan seorang lagi anak mereka masih berada di dalam bilik,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, polis yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan menahan suspek yang sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu itu.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif syabu dan isterinya tidak tahu punca suspek bertindak demikian. Ini dikatakan kejadian pertama kali berlaku,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya