Lelaki Bangladesh maut dihempap tiang cerucuk - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh maut dihempap tiang cerucuk

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh, Md. Shriful Islam, 33, MAUT selepas dihempap binaan konkrit yang runtuh ketika melakukan kerja pembinaan di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, rakan mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 50 tahun cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mendapati kedua-dua mangsa tersepit di bawah binaan konkrit tiang cerucuk.

“Mangsa pertama iaitu warga Indonesia hanya cedera ringan dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) bagi rawatan.

“Mangsa kedua iaitu warga Bangladesh bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat dikeluarkan pukul 11.02 pagi sebelum operasi ditamatkan pukul 11.32 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Operasi berkenaan digerakkan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya