Laporan Suhakam bukan keutamaan untuk dibahas - Utusan Malaysia

Laporan Suhakam bukan keutamaan untuk dibahas

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bukan keutamaan untuk dibahaskan dalam sesi persidangan kali ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, laporan berkenaan tidak akan dibahaskan walaupun ia pernah dilakukan pada tahun lalu.

Katanya, ini kerana aspek ekonomi dan kebajikan rakyat lebih penting untuk dibincangkan selain faktor kesuntukan masa dalam sesi kali ini.

“Kalau ada ahli Parlimen berminat membahaskan perkara ini, mereka boleh memetik laporan di dalam kandungan-kandungan yang ada untuk dijadikan perbahasan pada masa sesuai.

“Bagaimanapun buat masa ini, kerajaan belum bercadang membuka atau membawa satu usul untuk membahaskan laporan ini memandangkan urusan-urusan kerajaan perlu didahulukan sebagaimana standing order dan tidak mempunyai masa mencukupi,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen PH Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sama ada kerajaan berniat membenarkan laporan tahunan Suhakam dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN