Labur RM600, lesap RM5,000 - Utusan Malaysia

Labur RM600, lesap RM5,000

MOHD. WAZIR MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang penjawat awam kerugian RM5,037 akibat dipedaya skim pelaburan cepat kaya yang diiklankan di laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki berusia 35 tahun itu tertarik melihat iklan saham Etogo di Facebook pada 24 November lalu.

Katanya, mangsa mengetik pautan di iklan itu sebelum dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri dengan nama Abdul Hassan Abdullah melalui aplikasi WhatsApp pada keesokannya.

Beliau menambah, suspek menghantar gambar iklan berkaitan pakej pelaburan RM600 yang menjanjikan pulangan RM8,500 dalam tempoh 12 jam untuk menarik perhatian mangsa.

“Pada 26 November, mangsa membuat transaksi pindahan wang RM600. Keesokannya pula, mangsa sekali lagi melakukan transaksi sebanyak RM1,898 kerana diminta membayar gaji broker.

“Suspek memaklumkan, mangsa sepatutnya mendapat pulangan RM10,154 tetapi perlu bayar caj RM2,538 melalui bank luar negara bagi membolehkan keuntungan itu dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa segera membuat bayaran tersebut sebelum sekali lagi dihubungi suspek dan diminta pula untuk menjelaskan caj cukai sebanyak RM2,225.

“Mangsa mula berasa tertipu dan membuat laporan di Balai Polis Penjom, Kuala Lipis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN