Perkahwinan adalah tuntutan fitrah untuk meneruskan kelangsungan zuriat manusia. Malah dalam Islam, perkahwinan menjadi tuntutan sunnah untuk memelihara kesucian keturunan manusia, mengeratkan hubungan persaudaraan dan pada masa sama jalan pencegahan kebobrokan sosial. Tuntutan sunnah ini jelas dapat kita fahami melalui sabda Rasulullah SAW: “Nikah itu sunnahku, maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku bukanlah dia daripada golonganku.” (Riwayat Ibnu Majah). Setiap pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga mengidamkan kebahagiaan. Bagi memenuhi saranan Rasulullah dan memenuhi idaman kebahagiaan setiap pasangan, maka kursus perkahwinan diperkenalkan. Kursus praperkahwinan sangat sinonim dan sering…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya