Khidmat feri Pulau Pinang tamat tidak tepat - Utusan Malaysia

Khidmat feri Pulau Pinang tamat tidak tepat

LAPORAN yang tular dalam media sosial berkenaan penutupan perkhidmatan feri yang dilaporkan bermula tahun depan. - FB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGETOWN: Laporan berkenaan penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang seperti dilapor dan ditularkan dalam media sosial sejak semalam adalah tidak tepat.

Menurut sumber Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), isu itu akan dijelaskan dalam sidang akhbar oleh pihak berkuasa berkaitan yang dijangka esok.

Sumber itu bagaimanapun enggan mengulas perincian sidang akhbar tersebut termasuk dakwaan penggantian feri Pulau Pinang dengan feri baharu jenis katamaran atau teksi air.

Sejak semalam, penduduk di negeri ini dikejutkan dengan laporan yang tular dalam laman sosial Facebook yang mendakwa perkhidmatan feri Pulau Pinang ditamatkan bermula tahun depan.

Malah, terdapat laporan yang mendakwa feri Pulau Pinang itu yang menjadi ikonik kepada negeri ini digantikan dengan perkhidmatan katamaran sekali gus hanya boleh digunakan oleh individu, bukan lagi kenderaan seperti ketika ini.

Kontroversi berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang sebelum ini sudah beberapa kali dibangkitkan terutama selepas rancangan kerajaan Pusat untuk menggantikannya dengan katamaran.

Namun, cadangan itu mendapat bantahan banyak pihak yang menggesa kerajaan Pusat mengkaji semula kerana bimbang identiti perkhidmatan yang sudah beroperasi kira-kira 126 tahun itu terhapus.

Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga mahu kerajaan Pusat menilai semula cadangan itu dan mengekalkan operasinya seperti ketika ini tetapi dengan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada supaya terus memberi keselesaan kepada pengguna.

Operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kini diuruskan Prasarana Malaysia Berhad (Berhad) di bawah jenama Rapid Ferry. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya