Ketupat Palas Kak Ma laris tak kira masa - Utusan Malaysia

Ketupat Palas Kak Ma laris tak kira masa

NORMA Adam menunjukkan ketupat sejuk beku yang dihasilkan di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Tidak dinafikan makanan tradisi, ketupat palas kini semakin digemari selepas dihasilkan dalam bentuk sejuk beku dan tahan lama untuk dinikmati pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.

Di Kampung Gong Manak, di sini, Program Satu Kampung Satu Produk iaitu menghasilkan ‘Ketupat Gong Manak’ dimanfaatkan sebaik mungkin oleh suri rumah, Normah Adam, 49, bagi memasarkan ketupat palas air tangannya.

Menggunakan jenama Ketupat Palas Kak Ma, Normah berkata, produk keluarannya mempunyai empat perisa dan dipasarkan ke seluruh negara menerusi platform media sosial.

Perisa tersebut ialah pulut hitam, inti serunding daging, inti kacang dan pulut lemak yang boleh disimpan lama dengan harga RM10 sebungkus atau jika menerusi tempahan, pada harga serendah RM80 hingga RM100 bagi setiap 100 biji.

“Dulu ketupat yang saya buat dijual di pasar tani sekitar Kelantan dan Terengganu sahaja. Alhamdulillah sekarang pelanggan yang tempah ketupat saya datang dari seluruh negara terutama Johor, Selangor dan Pahang,” katanya.

Norma berkata, proses memasak dan membungkus ketupat dilakukan bersama ahli keluarga di rumahnya.

“Pada musim hari raya saya bantu memberi sumber pendapatan sampingan kepada jiran-jiran wanita untuk mengambil upah membungkus kerana permintaan pembelisanat tinggi.

“Pada hari biasa saya memasak 12 kilogram pulut setiap hari untuk memproses lebih 600 biji ketupat yang kemudiannya diproses menjadi sejuk beku,” katanya.

Norma berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia menjual ketupatnya secara dalam talian selain mengiklankannya dalam media sosial Instagram @normadammurahrezeki.

“Selain ketupat saya luaskan lagi perniagaan dengan menghasilkan tapai pulut daun getah dan pelbagai jenis kek moden,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya