KUALA LUMPUR: Dalang utama warga China dikenali Chen DeWei yang aktif menjalankan perjudian dalam talian dan Macau Scam di negara ini, akhirnya diberkas.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 15 sehingga 20 November lalu di ibu negara.
Dalang tersebut dipercayai berperanan sebagai penghubung antara sindiket di China dan mempunyai kaitan dengan Ketua Macau Scam Goh Leong Yeong atau Alvin dan Addy Kanna.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, menerusi operasi khas dinamakan Op Dadu centre itu juga, sebanyak 12 sindiket termasuk kumpulan dianggotai De Wei tumpas.- UTUSAN ONLINE