Kes campak cucu tiri: Isteri dibenar pulang - Utusan Malaysia

Kes campak cucu tiri: Isteri dibenar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wanita yang cedera dipukul suaminya yang juga warga Nigeria di Apartmen Villa Danau, Setapak di sini pada 29 November lalu dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, bagaimanapun, dua lagi anaknya berusia lapan dan 29 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, wanita terbabit masih dalam keadaan trauma namun dibenarkan pulang.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahad lalu, kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak oleh suspek yang juga datuk tirinya dari tingkat tiga apartmen.

Kejadian dipercayai berpunca apabila suspek berusia 42 tahun dikatakan berang apabila gagal merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.

Bagaimanapun, perbuatan itu cuba dihalang isteri berusia 49 tahun dan anak-anak tiri lain berusia 19 hingga 29 tahun.

Suspek bertindak memukul isteri serta ahli keluarga lain sehingga mereka melarikan diri sebelum mencampak mangsa.

Suspek kemudian terjun daripada tingkat sama dan ditangkap penduduk serta diserahkan kepada polis.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN