Kerjasama dengan PH: PKR Perak serah pada UMNO - Utusan Malaysia

Kerjasama dengan PH: PKR Perak serah pada UMNO

FARHASH WAFA SALVADOR RIZAL MUBARAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: PKR Perak menyerahkan kepada UMNO untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan cadangan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri.

Ini berikutan perkembangan terkini kemungkinan Pas membuat pusingan-U untuk menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Perak.

Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang ditanya kemungkinan kerjasama PH dan UMNO tidak akan menjadi kenyataan berkata, dalam keadaan sekarang segala-gala terserah kepada UMNO.

“Bola ada di gelangang UMNO,” katanya menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada Utusan Malaysia.

Pas yang sebelum ini bertegas tidak menyokong pembentukan kerajaan negeri, dikatakan mungkin mengubah keputusan untuk menyokong UMNO di Perak.

Malah, Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyatakan persetujuan menyokong calon menteri besar daripada UMNO.

Sebelum ini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan PH termasuk DAP untuk membentuk kerajaan negeri.

Kenyataan Ahmad Zahid itu disambut positif oleh pemimpin DAP dan Amanah yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan UMNO di Perak.

Kerajaan Negeri Perak terbubar selepas Ahmad Faizal meletak jawatan menteri besar setelah gagal meraih sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam sidang DUN pada Jumaat lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN