Kerajaan beri bantuan awal RM350,000 hadapi banjir - Utusan Malaysia

Kerajaan beri bantuan awal RM350,000 hadapi banjir

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan bantuan awal kewangan sebanyak RM350,000 kepada setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah sebagai langkah menghadapi musim banjir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, peruntukan berjumlah RM50,000 dan RM20,000 diberikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah manakala RM280,000 kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, kerajaan juga menyediakan 31,000 ‘cubicle tent ‘ untuk kegunaan mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang sebahagian dihantar secara berperingkat-peringkat.

“Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menghantar sebanyak 7,170 unit kit makanan ke seluruh negara. Selebihnya akan dihantar secara berperingkat-peringkat.

“Nadma dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menganjurkan program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) melibatkan 14,264 peserta menerusi pelbagai saluran bersemuka dan dalam talian,” katanya dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Che Alias Hamid (Pas-Kemaman) yang meminta kerajaan menyatakan tahap Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN