Kenyataan rasmi hanya dari Pejabat UMNO Perak - Utusan Malaysia

Kenyataan rasmi hanya dari Pejabat UMNO Perak

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: UMNO Perak meminta semua pihak bertenang dan tidak membuat andaian berhubung kenyataan yang dibuat tanpa bersandarkan keputusan rasmi parti itu berikutan kemelut politik negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, justeru pihaknya memandang serius pelbagai spekulasi dan khabar angin berkaitan senario politik yang berlaku di Perak.

“Sebarang kenyataan rasmi parti berhubung perkembangan proses pembentukan kerajaan negeri hanya akan dikeluarkan melalui pejabat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung pelantikan Menteri Besar Perak yang baharu.

Dalam hantaran terbaharu dalam laman Instagram miliknya, Shahrulzaman berkata, semua ADUN UMNO Perak sudah sebulat suara mencalonkan Saarani sebagai Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN