Kelantan sambut baik cadangan bina pos kawalan PGA  bebas banjir - Utusan Malaysia

Kelantan sambut baik cadangan bina pos kawalan PGA  bebas banjir

MOHD. Nasuruddin Daud (kanan) menyampaikan sumbangan kepada PGA yang melaksanakan penugasan di Sempadan Malaysia-Thailand di Kubang Pak Itam, Meranti, Pasir Mas hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi kerjasama dalam aspek kebenaran penggunaan tanah bagi membina pos kawalan sempadan Pasukan Gerakan Am (PGA) baharu di negeri ini yang bebas daripada bencana banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, lokasi pos yang baharu bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat hingga Rantau Panjang akan dikenal pasti.

“Pos baharu itu kelak diyakini bebas daripada ancaman banjir dan diharap dapat membantu melancarkan lagi tugas-tugas kawalan keselamatan sempadan negara oleh para pegawai serta anggota PGA.

“Permohonan bagi tujuan ini pernah dilakukan awal tahun ini dan insya-Allah kita terus panjangkan lagi perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anggota PGA Batalion 7 di Kampung Kubang Pak Itam, di sini.

Yang hadir sama Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Deputi Superintenden Ku Majidin Che Ku Jusoh. 

Sebelum ini, media melaporkan, sebanyak 12 daripada 17 pos kawalan PGA di sepanjang Sungai Golok dinaik taraf bagi mengelak bencana banjir.

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ramlan Harun semasa melakukan lawatan ke atas  beberapa pos yang terdedah dengan banjir baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Nasuruddin berkata, secara dasarnya kerajaan negeri optimis pembinaan pos baharu tersebut dapat dimulakan secepat mungkin dan siap sebelum tiba musim tengkujuh tahun depan.

Sementara itu, Ku Majidin mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas sumbangan yang diberikan kepada anggotanya hari ini.

Katanya, sumbangan itu diagihkan kepada semua anggota PGA di kesemua 17 pos sempadan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya