Kecewa rayuan tidak didengar - Utusan Malaysia

Kecewa rayuan tidak didengar

ANTARA peniaga yang kecewa dan sedih apabila MBSJ melakukan kerja-kerja meroboh gerai dalam operasi di sekitar Taman Puchong Permai dekat Kuala Lumpur, semalam – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Menteri Besar Selangor balas surat rayuan kami untuk menangguhkan pe­robohan gerai. Pada masa sama kita minta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengadakan perbincangan, tetapi sampai sekarang tiada.”

Itu luahan kekecewaan dizahirkan Pengerusi Persatuan Penjaja Puchong, Datuk Ismail Awang bersama 43 penjaja kepada MPSJ yang merobohkan gerai makanan yang beroperasi sejak 20 tahun lalu di Puchong Permai, di sini semalam.

Ismail berkata, dia kecewa susulan tindakan Datuk Bandar Subang Jaya, Noraini Roslan yang enggan bersemuka dengan semua penjaja di kawasan itu berhubung isu perobohan gerai makan yang menjadi kawasan utama untuk penjaja mencari pendapatan.

“Menteri Besar, Amiruddin Shari telah mengeluarkan surat meminta untuk membuat susulan dengan pihak MBSJ tetapi sehingga hari ini (semalam) tiada sebarang perbincangan dilakukan. Akhir­nya, notis tidak pun diberikan dan terus sahaja merobohkan gerai makan kami,” katanya kepada pembe­rita semalam.

Lebih 100 anggota penguat kuasa termasuk MBSJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlibat dalam operasi pe­robohan gerai-gerai makan di Puchong Permai itu, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Operasi meroboh menjadi tegang apabila sekumpulan penjaja melakukan demon­s­trasi malah ada yang bergelut dengan penguat kuasa bagi menghalang operasi itu daripada diteruskan.
Bagaimanapun, usaha para penjaja gagal apabila pihak berkuasa dapat mengawal kea­daan sehingga semua gerai dirobohkan sepenuhnya.

Beberapa penjaja dilihat memegang sepanduk dan poster antaranya tertera tulisan ‘MBSJ warga emas hilang pendapatan’, MBSJ tangguh dulu perobohan ibu tunggal berniaga’ dan ‘MBSJ jangan bertindak zalim semasa Covid-19’.

Dalam pada itu, Ismail menyi­fatkan wakil rakyat kawasan itu sebagai bersikap ‘lepas ta­ngan’ pada saat wakil rakyat yang lain membantu menyelesaikan masalah dihadapi.

“Kami cuma nampak ha­nyalah Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang membantu kami, memberi pelbagai cadangan dan sebagainya.Sedangkan dia sendiri tidak kelihatan seolah-olah enggan melayani kami dan tidak mahu menyelesaikan perkara ini de­ngan baik,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya