JOHOR BAHRU: Kelahiran ‘ustaz segera’ daripada program realiti berkonsepkan dakwah perlu dikawal dan diselia bagi mengelakkan agama Islam dipandang negatif jika kumpulan tersebut terpalit dengan kontroversi. Sehubungan itu, perlu ada satu garis panduan penganjuran program realiti agama tersebut bagi menapis kelahiran ‘ustaz-ustaz segera’ berkenaan. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, penganjuran program seumpama itu perlu dipantau bagi memastikan pendakwah dilahirkan benar-benar berkualiti selain boleh menonjolkan contoh terbaik. Menurut beliau, selama ini ramai yang muncul menerusi program realiti tiada asas pendidikan agama hingga melahirkan personaliti gagal menepati akhlak sebagai agamawan. “Perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya