Kanak-kanak OKU terjatuh sungai ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak OKU terjatuh sungai ditemukan lemas

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa mayat Irdina Aleesya yang ditemukan lemas di Sungai Sedim dekat Kampung Bikan Atas, Labu Besar, Kulim, Kedah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai terjatuh ke Sungai Merbok dekat Kampung Bikan Atas, di sini semalam ditemuka lemas, pagi ini.

Mayat mangsa, Irdina Aleesya Zamri, 8, dijumpai anggota bomba pada pukul 7.50 pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mayat kanak-kanak itu ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak perempuan OKU itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di sungai berkenaan kira-kira pukul 6.15 petang semalam.

“Irdina Aleesya dipercayai terjatuh ke dalam sungai selepas tuala dan selipar disyaki milik kanak-kanak itu ditemukan di tebing sungai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya