Malaysia tetap senaraikan ganja sebagai dadah berbahaya - Utusan Malaysia

Malaysia tetap senaraikan ganja sebagai dadah berbahaya

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan mengubah status kawalan kanabis atau ganja  dan semua bahan-bahan berkaitannya dalam negara.

Menegaskan perkara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia berikutan keputusan Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik di Vienna, kelmarin.

Kata beliau, persidangan itu bersetuju menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961).

Beliau menjelaskan, kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana tindakan undang-undang tetap diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang undang itu seperti sedia ada.

“Bagi peringkat antarabangsa, walaupun suruhanjaya tersebut membuat keputusan itu, ia juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana masih kekal dikawal ketat di bawah Jadual I Konvensyen 1961.

“Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN