'Kaki kebas' komponen tembaga dicekup - Utusan Malaysia

‘Kaki kebas’ komponen tembaga dicekup

SIK Choon Foo (kanan) menunjukkan kabel tembaga yang dicuri suspek di IPD Gua Musang, hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang aktif melakukan jenayah curi komponen tembaga di sebuah sekolah menengah di Sungai Asap, di sini akhirnya dicekup dan diserahkan kepada polis pagi ini.

Suspek berusia 24 tahun itu ditangkap pengawal dan tukang kebun kira-kira pukul 9 pagi ketika dia sekali lagi dipercayai  cuba mencuri wayar tembaga dari sekolah terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Sik Choon Foo berkata, susulan itu, suspek tidak sempat menjual tembaga seberat 45 kilogram dianggarkan bernilai RM30,000. 

Kata beliau, perbuatan suspek disedari tukang kebun yang terdengar bunyi mencurigakan seperti seseorang mengetuk besi dari dalam longkang besar di belakang sekolah.

“Dia segera membuat tinjauan dan ternampak suspek sedang leka menggulung kabel tembaga.

“Dengan bantuan pengawal keselamatan, mereka menangkap suspek sebelum menyerahkannya kepada polis,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini hari ini.

Choon Foo berkata, suspek yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh dekat sini dipercayai sudah tiga kali mencuri kabel tembaga di sekolah itu.

“Tangkapan ke atas suspek meleraikan misteri kehilangan komponen tembaga di sekolah itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya