Jual rokok seludup kepada pelajar guna kod rahsia - Utusan Malaysia

Jual rokok seludup kepada pelajar guna kod rahsia

AFZANIZAR Ahmad (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas dalam serbuan di Plaza Sungai Udang ketika sidang akhbar di IPD Melaka Tengah, Melaka. UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis menahan dua lelaki selepas dikesan menyasarkan pelajar sekolah dan remaja bawah umur untuk membeli rokok seludup menggunakan isyarat rahsia dalam  serbuan di Plaza Sungai Udang, minggu lalu. 

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.15 malam itu, kedua-dua lelaki yang ditahan masing-masing berusia 27 tahun dan 32 tahun adalah pemilik premis kedai runcit serta pasar mini di situ.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pemeriksaan lanjut di premis berkenaan menemukan 407 kotak rokok tidak bercukai pelbagai jenama bernilai RM6,140. 

“Bertindak atas aduan orang awam dan hasil risikan, pasukan polis menyerbu dua premis yang dikesan aktif menjual rokok seludup sejak tiga tahun lalu.

“Kedua-dua premis ini menyasarkan penjualan rokok seludup kepada pelajar dan penduduk sekitar dengan menggunakan bahasa isyarat atau kod rahsia tertentu untuk membeli rokok terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini, hari ini. 

Afzanizar berkata, bekalan rokok seludup itu dipercayai dibawa masuk menggunakan laluan darat. 

Jelasnya, hasil semakan lanjut kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau dan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam kerana memiliki Barang Larangan Import (Rokok) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(V)(AA) akta sama. 

“Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua mereka boleh dikenakan denda tidak kurang 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya