Johor tambah baik industri ruminan - Utusan Malaysia

Johor tambah baik industri ruminan

SAMSOLBARI JAMALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor akan mempergiatkan penawaran tanah di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)  kepada pengusaha swasta bagi meningkatkan industri ruminan yang semakin merosot. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, langkah berkenaan bertujuan meningkatkan kembali populasi ternakan ruminan khususnya lembu dan kambing setelah mengalami aliran penurunan sejak 2012 hingga 2018.

“Kita juga sedang menggiatkan program pembangunan jabatan secara berterusan seperti pembangunan hab pedaging dan bantuan bahan asas bagi pembangunan infrasktruktur penternakanan.

“Kerajaan negeri juga akan membekalkan perkhidmatan teknikal dan perkhidmatan lapangan secara berkesan di bawah Program Pengembangan Veterinar bagi membolehkan populasi ternakan ruminan negeri terus meningkat berikutan ia berpotensi besar untuk dimajukan,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sulaiman Mohd Nor (Pakatan Harapan-Kemelah) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Samsolbari berkata, antara punca kemerosotan populasi ruminan Johor disebabkan penanaman semula kelapa sawit, kekurangan tanah, penutupan operasi ladang dan wabak penyakit.

“Walaupun berlaku penurunan populasi, permintaan pengguna terhadap daging lembu dan kambing di Johor masih tinggi iaitu lebih 1.05 juta tan bagi lembu dan lebih 438,000 tan bagi kambing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya