Jogho raih gangsa - Utusan Malaysia

Jogho raih gangsa

ZULKIFLI Yaakob (depan) bersama Jogho yang meraih pingat gangsa pertandingan Limousine-Champion of The World Catagory Asia/Africa  pada 5 Disember lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Jogho, seekor lembu baka ‘Limousine’ dari Kampung Keluat, di sini mencipta sejarah selepas meraih pingat gangsa dalam pertandingan Limousine-Champion of The World Category Asia/Africa  pada 5 Disember lalu.

Dalam pertandingan itu, lembu milik Zulkifli Yaakob, 51, tumpas kepada La Rhone Viceroy (Afrika Selatan) dan Flemington Quiet Secret Q8 (Australia).

Rhone Viceroy dinobat sebagai pemenang pingat emas manakala Flemington Quiet Secret Q8 meraih pingat gangsa.

Zulkifli menyifatkan kejayaan Jogho sebagai salah satu bentuk pengiktirafan tertinggi buat penternak lembu ‘sado’ di negara ini khusuanya di Bachok.

Anak kelahiran Bachok itu berkata, kemenangan berkenaan menyebabkan dia tidak putus-putus menerima kunjungan dari peminat-peminat lembu sado untuk melihat Jogho secara lebih dekat selain mengetahui selok-belok berkaitan haiwan berkenaan.

“Saya tidak lokek untuk berkongsi ilmu lembu sado kepada peminat haiwan berkenaan.

“Tujuan saya, agar industri lembu sado ini terus berkembang kerana ia mempunyai potensi besar pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pak Pura itu memberitahu, dia berharap kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada penternak lain dan berterima kasih kepada pihak yang membantu penyertaan Jogho dalam pertandingan tersebut terutama Jabatan Perkhidmatan Vaterina (JPV) Kelantan.

Utusan Malaysia 8 November lalu melaporkan, Jogho seberat 1.6 tan mengegarkan pentas dunia apabila dipilih  mewakili Asia ke pertandingan lembu Limousine-Champion of The World. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya