Jocelyn seorang yang rajin, matang - Utusan Malaysia

Jocelyn seorang yang rajin, matang

CHONG Chim Tiong menunjukkan gambar yang dihantar Jocelyn Yow bersama keluarganya selepas dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale, sebuah bandar di wilayah Riverside, California, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Keluarga kepada Datuk Bandar Eastvale, California, Amerika Syarikat (AS), Jocelyn Yow menganggap kejayaan wanita itu disebabkan sifatnya yang rajin dan matang.

Datuk saudaranya, Datuk Chong Chim Tiong berkata, sifat tersebut membolehkan cucu saudaranya itu mencapai pencapaian yang membanggakan  pada usia muda.

“Saya yakin bukan sahaja ahli keluarga yang bangga dengan kejayaan Jocelyn, malah seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jocelyn, 25, adalah cucu kepada kakak Chim Tiong iaitu Chong Guat Chu, 75, yang kini turut menetap di Amerika Syarikat.

Beliau berkata, Jocelyn memang gemar terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sejak kecil.

“Beliau juga cukup aktif terutama bersama persatuan debat. Dia jarang bercakap kosong dan kata-katanya sentiasa boleh ‘dipakai’ serta ‘laku’ untuk diikuti orang lain,” ujarnya.

Menurut Chim Tiong, Jocelyn dilahirkan di AS, namun menjalani zaman persekolahan di negara ini hingga tingkatan lima  Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan(SMJK) Keat Hwa di sini.

Sementara itu, katanya, Jocelyn tidak mempunyai masalah untuk bercakap dalam dialek Kedah, selain sangat menggemari makanan tradisional negeri ini seperti laksa.

“Sama seperti anak saya yang menetap di sana, kalau mereka pulang ke Malaysia, mereka akan kerap makan juadah Malaysia,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Jocelyn pernah meluahkan hasrat supaya sekolahnya, SMJK Keat Hwa di sini berbangga dengannya.

Beliau membuat membuat nukilan hasratnya di dalam majalah akhir tahun SMJK Keat Hwa pada sembilan tahun lalu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya