Jais benar solat Jumaat, fardhu lima waktu di tiga daerah - Utusan Malaysia

Jais benar solat Jumaat, fardhu lima waktu di tiga daerah

Mohd. Shahzihan Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiga daerah di negeri ini dibenarkan semula menunaikan solat Jumaat dan fardu lima waktu di masjid dan surau-surau.

 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan kebenaran tersebut berkuat kuasa serta- merta di tiga daerah iaitu di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

Pengarahnya, Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan baharu tersebut perlu mengambil kira kapasiti ruang solat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. 

“Kebenaran untuk menunaikan solat ini melibatkan 130 buah masjid, 21 Surau Kebenaran Jumaat dan 453 surau.

“Kebenaran kehadiran jemaah solat fardhu lima waktu adalah untuk warganegara sahaja.

“Bagi program pengimarahan seperti kuliah maghrib, kuliah subuh, kuliah dhuha dan bacaan yassin juga turut dibenarkan dengan syarat penceramah yang dijemput adalah dari zon hijau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Shahzihan, ketetapan itu tidak termasuk Mukim Kuala Selangor yang melibatkan sebuah masjid, dua Surau Kebenaran Jumaat dan dua surau  berikutan perkembangan terkini penularan di mukim tersebut. 

“Arahan khusus telah dikeluarkan oleh jabatan ini kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) yang terlibat untuk dikuatkuasakan serta-merta.

“Kita berharap seluruh umat Islam di negeri ini meningkatkan disiplin, kawalan kendiri, bersabar dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

“Langkah-langkah penguatkuasaan SOP yoleh pentadbir masjid dan surau, langkah pencegahan, kawalan kendiri, doa, zikir dan munajat yang diamalkan pasti akan membantu mempercepat ketetapan yang sama dapat dikuatkuasakan di seluruh negeri,” ujarnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya