Ismail Sabri nafi tidak patuh SOP - Utusan Malaysia

Ismail Sabri nafi tidak patuh SOP

BEBERAPA keping gambar dimuat naik Ismail Sabri Yaakob dalam laman sosial Facebooknya yang menjadi bukti ada penjarakan fizikal dan tidak melanggar SOP PKPB. - FB ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan beliau dan beberapa individu lain melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika lawatan kerja ke Melaka, Sabtu lalu.

Ia berikutan beberapa gambar beliau bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md. Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjadi bahan fitnah kononnya tiada penjarakan fizikal.

Sedangkan, menurut Ismail Sabri, gambar-gambar tersebut diambil dari sudut sisi bagi menunjukkan tanpa penjarakan antara mereka.

Beliau turut memuat naik gambar sebenar dari sudut hadapan bagi membuktikan mereka mematuhi SOP sekali gus menolak tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu.

“Yang jahatnya, mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan. Namun ini lah gambar sebenarnya.

“Semoga Allah membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.

Sebelum ini, gambar lawatan kerja Ismail Sabri yang diambil dari sudut sisi dan menampakkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal menerima reaksi negatif pihak tertentu.

Ini termasuk pandangan negatif daripada aktivis, Fahmi Reza yang memberikan komen sarkastik mengenainya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN